Thursday, 21 February 2013

SaLam TerAkhir..


Allahyarham Asrul Nizam Bin Haji Rabe'ee
Selasa, 26 Zulhijjah 1432, Bersamaan 22 November 2011

"Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, padaMu ku memohon kurniaan keampunan dan kesejahteraan serta cucurilah setinggi-tinggi rahmatMu ke atas roh beliau.
Semoga beliau ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Amin"


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..  Sudah menjadi lumrah manusia mempunyai perasaan cinta dan sayang.. Cinta dengan manusia hanya sementara.. tetapi cinta Allah kekal abadi dunia akhirat.. Percintaan selama 5 tahun berakhir dengan kematian.. (8 Julai 2007 - 22 November 2011).. Ya Allah, sesungguhnya aku amat mencintainya, tetapi dia memang bukan jodohku.. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.. Pergi nya seorang pasti akan ada yang lebih baik menanti... InsyaAllah..

Perbualan antara beliau dgn aku beberapa hari sebelum beliau pergi

Aku:  "Bie, bie jgn nakal2, jgn kaco ompuan, cuci mata pun jangan...
Bie:     Ok.. (dengan senyuman manis)
Aku:    Bie xda pa2 pesanan b4 mek balit kuching towk..??
Bie:     (diam seketika) ingat bie..
Aku:   Ingat Bie..??? ya jak ka..???
Bie:    Aok.. Ingat Bie..
Aku:   Hmm.. Ok...


Bie,sekiranya kmk tauk penyakit bie serius, mmg kmk akan desak bie untuk berubat.. paduhal bie hanya bergantung dengan ubat..
 
Setibanya di UiTM (2 hari kemudian selepas balit dr Sibu)

Tiba2 suatu malam hatiku merasa amat gelisah.. hati tidak tenang.. seperti ada sesuatu yang akan berlaku.. Seperti biasa aku aku bersms dan on the phone dengannya.. tetapi pada malam tersebut beliau tidak membalas msj ku sebaliknya terus menghubungiku... beliau mengatakan bahawa dia rasa tidak sihat dan mungkin tidak dapat menghubungiku.. lafaz terakhir yang sempat dia ucapkan ialah" I love u n I miss u"

Pada malam itu juga aku menghubungi rakannya yang bernama Shafiq dan dia menyampaikan berita buruk denganku.. dia manyatakan bahawa Asrul sekarang berada dlm keadaan kritikal di Hospital Besar, Sibu..  Doktor mengatakan keadaanya dalam 50-50.. Ya Allah, aku tersentak mendengar berita tersebut..

Pada keesokkan harinya, kawan arwah(Hashim) menghubungiku supaya aku dapat balik segera ke sibu kerana keadaan asrul sudah teruk.. Arwah tidak sedarkan diri, dan jantungnya berhenti sebanyak 2 kali.. sekali 15 minit dan sekali lagi berhenti selam 30 minit.. aku terus terburu-buru pergi ke sibu menggunakan bas secepat mungkin..

Semasa perjalanan dari kuching dari sibu (dalam Bas).. rakannya(Hashim) menghubungiku dan menyampaikan berita buruk.. "Nisa.. Asrul dah sikda gik.."(terdengar esakan tangisan rakannya dalam telefon).. aku hanya mampu mengalirkan air mata..

Setibanya di Sibu, aku hanya sempat melihat jenazah beliau terlantar di tengah rumah beliau.. aku seakan tidak percaya jenazah tersebut ialah satu2nya lelaki yang amat aku cintai dan sayangi.. 

Dari awal perkenalan sehingga pemergiaannya, cinta aku padanya masih kekal dan setiap kenangan  ku simpan sehingga kini..  Ku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang lelaki yang setia, baik, memahami. dan penyayang...



Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


No comments:

Post a Comment