Bismillahirrahmannirrahim.. Assalamualaikum wbt.
Saya bukan seorang ustazah,
bukan seorang murabbiah, bukan seorang mu'allimah, bukan seorang amirah,
dan juga bukan seorang naqibah. Saya tidak punya title apa-apa. Saya hanyalah
seorang muslim sejak lahir..
Bagi saya, menjadi muslim sejak lahir sahaja tidak cukup, kerana mempelajari Islam bukanlah hanya tugas para muallaf semata-mata, tetapi sebenarnya juga tugas orang-orang yang muslim sejak lahir. Islam yang kita ada perlu selalu diperbaharui dari masa ke semasa dengan cara menuntut ilmu.
Bagi saya, menjadi muslim sejak lahir sahaja tidak cukup, kerana mempelajari Islam bukanlah hanya tugas para muallaf semata-mata, tetapi sebenarnya juga tugas orang-orang yang muslim sejak lahir. Islam yang kita ada perlu selalu diperbaharui dari masa ke semasa dengan cara menuntut ilmu.
Apa
yang ingin saya kongsikan di ruangan ini hanyalah berdasarkan daripada
pengalaman serta pemikiran saya sendiri yang boleh jadi betul, dan boleh
jadi juga salah. Jika ada pendapat saya yang bercanggah dengan Al-Quran
dan as-sunnah, maka tidak perlulah diikuti. Tetapi jika ada yang baik,
semuanya datang daripada Allah Ta'ala dan ambillah pelajaran
daripadanya.
Cinta itu buta, cinta mati, cinta yang membawa
maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para
remaja masa kini.. Ada yang sanggup membunuh diri kerana putus cinta, mencederakan diri sendiri, minum racun dan mcm2 lagi untuk menagih.. Yang lebih teruk lagi ada segelintir perempuan sanggup menggadaikan "mahkota wanita" sebagai bukti cinta.. MasyaAllah..
Cinta memang wujud, mustahil seseorang itu
berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta.
Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang
berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri.
Tetapi, cuma satu sahaja manusia perlu ingat. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada
Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja
yang Dia ciptakan sama ada harta mahupun orang yang kita sayang .
Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa
cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan
pudar buat selama-lamanya.



No comments:
Post a Comment