Tuesday, 26 February 2013

InSan Yang Lahir Pada Bulan OgOs






Its me Annisa Kirana... I was born on 13 August 19_ _.... Year will be secret.. hehe..
tak boleh lah cakap lahir tahun bila.. nanti org tahu.. jeng3... ahakz..
 
 

Gambar kt sebelah ni gendut Farah Natasha(anak buah kesayangan).. Dia pun lahir bulan ogos juga.. 1 Ogos 1997.. Kami berdua pernah celebrate birthday sama2 tahun 2011.. time tu arwah asrul yang sponser kek n makanan.. kte org cume bawa perut kosong jer.. Heheheeh...
 
 
 
Kadang2 celebrate birthday, kdg2 tak sambut.. Ikut bajet.. Kalau ada duit ada la..bak kata org
"No Money No Talk.".

Berdasarkan Mr. Google yg sy search, kt bawah ni antara sifat2 org yang lahir pada bulan ogos.. ada yang sama n adanya tak sama.. Hee.. sapa2 yg kenal dgn sy mesti tahu yang mana sifat yang ada pada sy ni...

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

OM114 3E (2013)




So sweet this moment... my classmate sporting giler depan camera.. hari tu dh rase mcm model pun ada juga.. pozing sana. pozing sini... Artis gituuu....


Dh pozing kt bawah sinaran matahari, nk pozing kt tempat mendung lah pulak.. mcm2 gaya ada.. Huhu.. walaupun penat but we still enjoy...



Gambar kt atas ni b4 photographer ambil gambar kelas..  time ni nk tgu kawan lain datang, sempat guna kamera Nicon sherra nk berpozing..

Saturday, 23 February 2013

KeluaRga TerCinta




Gambar raya bersama mak n bapak.. I really2 love them..  Mereka byk bersusah payah mendidik aku sehingga aku sampai  ke menara gading.. Semoga mereka dipanjangkan umur dan sempat melihat aku memegang ijazah dan menjadi seorang pegawai kastam.. Amin..




          Gambar2 kt atas ni, gambar anak2 buah kesayangan aku... Kira paling rapat la.. Time aku nk jalan pun dia orang ikut.. kdg2 dh rasa mak org dh sebab jalan bawa budak2.. Biasalh, masih anak dara katakan.. kalau keluar bawa budak2 dh tak mcm anak dara.. Apa2 pun, aku syg sangat2 kt dia orang ni..



CinTa SebeNar



Bismillahirrahmannirrahim.. Assalamualaikum wbt.

Saya bukan seorang ustazah, bukan seorang murabbiah, bukan seorang mu'allimah, bukan seorang amirah, dan juga bukan seorang naqibah. Saya tidak punya title apa-apa. Saya hanyalah seorang muslim sejak lahir..
Bagi saya, menjadi muslim sejak lahir sahaja tidak cukup, kerana mempelajari Islam bukanlah hanya tugas para muallaf semata-mata, tetapi sebenarnya juga tugas orang-orang yang muslim sejak lahir. Islam yang kita ada perlu selalu diperbaharui dari masa ke semasa dengan cara menuntut ilmu.

Apa yang ingin saya kongsikan di ruangan ini hanyalah berdasarkan daripada pengalaman serta pemikiran saya sendiri yang boleh jadi betul, dan boleh jadi juga salah. Jika ada pendapat saya yang bercanggah dengan Al-Quran dan as-sunnah, maka tidak perlulah diikuti. Tetapi jika ada yang baik, semuanya datang daripada Allah Ta'ala dan ambillah pelajaran daripadanya.




Cinta itu buta, cinta mati, cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para remaja masa kini..  Ada yang sanggup membunuh diri kerana putus cinta, mencederakan diri sendiri, minum racun dan mcm2 lagi untuk menagih.. Yang lebih teruk lagi ada segelintir perempuan sanggup menggadaikan "mahkota wanita" sebagai bukti cinta.. MasyaAllah.. 

Cinta memang wujud, mustahil seseorang itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri.

Tetapi, cuma satu sahaja manusia perlu ingat. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan sama ada harta mahupun orang yang kita sayang .

Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selama-lamanya.





SeBagAi RenunGan Bersama

Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa 

 

 

 

Tak mampu saya  nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya  tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi  yang ketika itu bertugas sebagai  pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. 

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada  ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
 
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari  dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz  itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya  kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
 
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri  seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh  pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

RiTa RudaiNi♥♥♥


    • NAMA SEBENAR: Rita Rudaini Binti Mokhtar
    • TARIKH LAHIR: 11 April 1976
  • TEMPAT LAHIR: Kangar, Perlis
  • ANAK: Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1
  • PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • PROFESION: Pelakon dan Model
  • FILEM: Mendam Berahi, Mistik, Mami Jarum, Mami Jarum Junior 
DRAMA TV: Dulang Wan Cu, Kabus Dan Sinar, Teksi, G3,Delina, Skuad Elite, Kutub Utara Kutub Selatan, Rafflesia 1 dan II, Biar Kusentuh    Cintamu, Norisha Mama Rock




Rita Rudaini ni cantik, tinggi, n sangat berkarisma dalam berlakon.. Saya minat sangat kt dia sebab mempunyai perwatakkan yang menarik dari cara percakapan n pakaian.. walaupun dah 37 tahun, tapi masih lagi cantik dan ramping gitu.. Memang rugi giler Aidil Zafwan lepaskan dia ni..
 

Pre-Com 2011



Alhamdulillah.. akhirnya aku dapat masuk UiTM.. termakbul juga doa mak dgn bapak.. aku ditawarkan masuk pra-diploma perdangangan.. ingatkan tak dapat sambung blaja lagi.. tapi, Allah masih lagi beri peluang kat aku... Bersyukur sangat-sangat.. Gambar kt atas ni, gambar aku n Nisah.. dia lah bestfriend aku dalam kelas n kt hostel masa pre-com dulu.. i really2 miss her.. Atas berkat doa dan usaha, akhirnya aku dapat melanjutkan pelajaran ke  Diploma Pengurusan dan Teknologi Maklumat.. Firts time dapat pointer 3.33 dlm hidup.. Hee..


 Sir Danny Wilson Mandai.. Lecturer yang paling aku minat time pre-com.. Dari tak minat Math terus jd minat... Sebab lecturer ni lah.. Hehe.. Dia baik sangat n penyabar.. tapi pemalu la sikit.. Sampai sekarang kalau terjumpa je mesti aku senyum2 tegur sir ni... Sir ni memang sweett lah...


Madam Amelia Alfred Tom... Lecturer yang aku paling sayang time pre-com.. Mdm ni lemah-lembut, penyabar, n mudah didekati... Rindu la dgn mdm ni ajar Bel..

Thursday, 21 February 2013

SaLam TerAkhir..


Allahyarham Asrul Nizam Bin Haji Rabe'ee
Selasa, 26 Zulhijjah 1432, Bersamaan 22 November 2011

"Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, padaMu ku memohon kurniaan keampunan dan kesejahteraan serta cucurilah setinggi-tinggi rahmatMu ke atas roh beliau.
Semoga beliau ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Amin"


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..  Sudah menjadi lumrah manusia mempunyai perasaan cinta dan sayang.. Cinta dengan manusia hanya sementara.. tetapi cinta Allah kekal abadi dunia akhirat.. Percintaan selama 5 tahun berakhir dengan kematian.. (8 Julai 2007 - 22 November 2011).. Ya Allah, sesungguhnya aku amat mencintainya, tetapi dia memang bukan jodohku.. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.. Pergi nya seorang pasti akan ada yang lebih baik menanti... InsyaAllah..

Perbualan antara beliau dgn aku beberapa hari sebelum beliau pergi

Aku:  "Bie, bie jgn nakal2, jgn kaco ompuan, cuci mata pun jangan...
Bie:     Ok.. (dengan senyuman manis)
Aku:    Bie xda pa2 pesanan b4 mek balit kuching towk..??
Bie:     (diam seketika) ingat bie..
Aku:   Ingat Bie..??? ya jak ka..???
Bie:    Aok.. Ingat Bie..
Aku:   Hmm.. Ok...


Bie,sekiranya kmk tauk penyakit bie serius, mmg kmk akan desak bie untuk berubat.. paduhal bie hanya bergantung dengan ubat..
 
Setibanya di UiTM (2 hari kemudian selepas balit dr Sibu)

Tiba2 suatu malam hatiku merasa amat gelisah.. hati tidak tenang.. seperti ada sesuatu yang akan berlaku.. Seperti biasa aku aku bersms dan on the phone dengannya.. tetapi pada malam tersebut beliau tidak membalas msj ku sebaliknya terus menghubungiku... beliau mengatakan bahawa dia rasa tidak sihat dan mungkin tidak dapat menghubungiku.. lafaz terakhir yang sempat dia ucapkan ialah" I love u n I miss u"

Pada malam itu juga aku menghubungi rakannya yang bernama Shafiq dan dia menyampaikan berita buruk denganku.. dia manyatakan bahawa Asrul sekarang berada dlm keadaan kritikal di Hospital Besar, Sibu..  Doktor mengatakan keadaanya dalam 50-50.. Ya Allah, aku tersentak mendengar berita tersebut..

Pada keesokkan harinya, kawan arwah(Hashim) menghubungiku supaya aku dapat balik segera ke sibu kerana keadaan asrul sudah teruk.. Arwah tidak sedarkan diri, dan jantungnya berhenti sebanyak 2 kali.. sekali 15 minit dan sekali lagi berhenti selam 30 minit.. aku terus terburu-buru pergi ke sibu menggunakan bas secepat mungkin..

Semasa perjalanan dari kuching dari sibu (dalam Bas).. rakannya(Hashim) menghubungiku dan menyampaikan berita buruk.. "Nisa.. Asrul dah sikda gik.."(terdengar esakan tangisan rakannya dalam telefon).. aku hanya mampu mengalirkan air mata..

Setibanya di Sibu, aku hanya sempat melihat jenazah beliau terlantar di tengah rumah beliau.. aku seakan tidak percaya jenazah tersebut ialah satu2nya lelaki yang amat aku cintai dan sayangi.. 

Dari awal perkenalan sehingga pemergiaannya, cinta aku padanya masih kekal dan setiap kenangan  ku simpan sehingga kini..  Ku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang lelaki yang setia, baik, memahami. dan penyayang...



Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


Wednesday, 20 February 2013

Yana Samsudin♥♥♥

                                                                               

Yana Samsudin ♥♥♥





NAMA SEBENAR: Norliana Samsudin

NAMA KOMERSIAL: Yana

TARIKH LAHIR: 25 September 1984

ASAL: Yong Peng, Johor

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam

STATUS: Bujang

KERJAYA: Pelakon, pengarah, editor, penulis skrip, penyanyi dan model

DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu'Lu, Siti Kelembai, 3 Janda , Suri Bakawali

TELEFILEM: Mak Pengantin Tak Popular, Love Nora



    ALBUM: Yana Ceria (2004)

    ARAHAN: Selamat Pagi Cinta

    PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 (Adnan Sempit)

    Trivia Panggilan Nama Yana

    Ada memanggil Yana dengan nama sebenar, Norliana Samsudin. Tidak kurang juga menyapa Yana, Yana Ceria dan Reanna. Ada pula peminat memanggilnya Yana Rempit dan Wawa kerana wataknya dalam Adnan Sempit dan terkini dalam Wawa Semput.



                                                                   
     








                                                                                                                         

    Tuesday, 19 February 2013


    Assalamualaikum w.b.t. and ellow everyone..  Welcome to my blog... It's me Annisa Kirana.. Let me introduce myself.. Nama diberi Annisa Nurul Hidayah Jerman.. Berasal dari Sibu, Sarawak. Saya merupakan anak bongsu daripada 11 adik-beradik. Org cakap anak bongsu ni manja, apa yang dikehendaki mesti dituruti. tapi tak semua anak bongsu macam tu. Cita2..??? of course la nk jadi pegawai kastam.. InsyaAllah.. after graduate diploma nak sambung ijazah pulak.. alang2 belajar biar teruskan sampai tahap tinggi.. bersusah- susah dulu, bersenang-senang kemudian.. Nanti bukan orang lain yang senang, diri sendiri yang senang.. itulah yang mak selalu pesan..

                                                                         
     
     Gambar kt atas ni, gambar anak buah kesayangan saya.  Nama dia farah natasha.. Baru je masuk tingkatan 4 tahun ni.. Farah ni anak buah paling rapat n saya dh anggap dia macam adik n bff.. Kami selalu berkongsi cerita, jalan bersama n manghabiskan waktu bersama.. I really2 love her...